ILMU AMAL IMAN
Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1Malaysia.
Diharap semua pembaca blog ini dirahmati Tuhan hendaknya.
Tanggal 11 Januari lalu, satu acara penting dalam takwim tahunan SBPI Gopeng telah berlaku. Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina seawal jam 8.30 pagi lagi. Ahli Jawatankuasa hari pendaftaran telah bersiap sedia selepas perhimpunan rasmi.
Ada ibu bapa telah datang seawal jam 8 pagi. Sungguh bersemangat. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Seramai 87 daripada 94 orang telah melapor diri setakat jam 2.00 petang.
Hari terakhir bengkel blog.


Salam untuk semua.
Admin telah dijemput untuk menjadi fasilitator Edublogs bagi melatih Guru-guru Perpustakaan & Media kelompok PKG Gopeng membina blog sekolah masing-masing. Antara Jurulatih Utama (JU) yang terlibat ialah En. Mohd Hafidz, En. Faizul dan En. Muhd Fazli (Admin).

Pada pagi 5 Oktober 2009, satu perhimpunan mingguan telah diadakan di Dataran Ilmu, SBP Integrasi Gopeng. Setelah perhimpunan berakhir, pelajar-pelajar tingkatan 3 yang juga calon PMR 2009 telah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan semua guru-guru memohon restu agar dihalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan selama ini.
Kepada calon-calon PMR, guru-guru SBPI Gopeng mengucapkan Selamat Maju Jaya dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.
Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan pada 3 Oktober lalu setelah selesai dua majlis terdahulu, iaitu Majlis Interaksi dan Majlis Solat Hajat Perdana. Sambutan diadakan dengan sederhana tetapi meriah. Ia berlangsung di Dewan Makan Asrama SBPI Gopeng. Semua ibubapa yang hadir dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan majlis hari raya pada kali ini.
Setelah selesai Majlis Interaksi, ibubapa berkumpul di Surau Asy-Syakirin untuk Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat Perdana khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM 2009. Ibubapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sama membaca Yaasin dan bersolat hajat untuk memohon agar dikurniakan kecemerlangan kepada semua pelajar-pelajar SBPI Gopeng, khususnya dalam peperiksaan PMR dan SPM.
Pada 3 Oktober 2009, suatu majlis interaksi antara ibubapa calon-calon SPM 2009 telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Tujuan interaksi ini diadakan bagi memaklumkam kepada ibubapa tentang prestasi semasa anak-anak mereka dan bertukar-tukar pandangan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang sudi meluangkan masa demi masa depan anak-anak bangsa kita.