PROFIL SEKOLAH
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja, Daerah Kecil Gopeng. Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar. Pembinaan bermula pada 13 November 2000. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta . SBPI Gopeng adalah merupakan salah sebuah daripada 14 SMKA yang telah dinaiktaraf sebagai SBP Integrasi. SBP Integrasi Gopeng telah beroperasi secara pentadbiran pada bulan Disember 2002 dan dibuka pada tanggal 2 Januari tahun 2003, manakala pada 17 hb Februari 2003, SBPI Gopeng telah menerima pelajar sulong yang terdiri dari 89 orang pelajar Tingkatan 1 dan 81 orang pelajar Tingkatan Empat, dengan kekuatan 10 orang guru. Bilangan pelajar sekolah ini telah bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2008 seramai 595 orang murid yang terdiri daripada 285 putera dan 310 puteri telah menimba ilmu di sekolah ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 61 orang pada tahun 2008 dengan dibantu oleh 19 orang kakitangan sokongan.
LOGO SEKOLAH

- Bentuk bulatan melambangkan keseimbangan individu.
- Quran melambangkan pegangan agama sebagai asas kepada keimanan, ilmu dan amalan.
- Atom Bohr merujuk kepada sains teras pemangkin kecemerlangan pelajar.
- Lima bulatan yang bercantum merujuk kepada matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi dan jasmani berteraskan 5 Rukun Islam dan 5 Prinsip Rukunegara.
- Jangka Lukis dan Gear merujuk kepada matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang seiring dengan kemajuan negara yang berasaskan sains dan teknologi
Ipoh Time


July 7th, 2010 at 6:28 PM
I have been searching information by visiting several blogs and articles online. But this page has turned out to be the ultimate destination of my desired knowledge. This has no doubt really fulfilled my contention and for that I am thankful to the blogs owner! Regards.